Ups and Downs

Hello semua! Hi Hi *lelambai*. Lamanya Haida tak update blog. Ada banyak sebab actually why Haida lama sangat tak update blog ni. a) sebab lepas habis SPM, demi Allah Haida malas gila gila nak update blog and busy dgn driving license, fikir future, and etc. b) bila dah masuk U, lagi lah malas ceritanya kan. First sem, busy dengan how to adapt & adopt with situations and environment here. Serious penat gila. Takrasa nak update blog pun sebab masa untuk diri sendiri pun takde. Maafkan saya, maafkan saya. Janji takbuat lagi *angkat tangan janji* Mihmih. So now terasa macam nak mula balik dengan blog sebab to be honest, Haida tak ada siapa and takde tempat untuk mengadu macam macam hal. Okay apa kita nak cerita? Apa apa? Siapa ada idea? Okay lah oleh sebab status Haida berkaitan dengan penghijrahan Haida dari freehair ke bertudung, so maybe this time, this post khas untuk cerita tu. 

Haida selalu berpegang dengan prinsip 'this life, our life has their own ups and downs'. Segalanya berpunca dari satu situasi yang membuatkan Haida rasa sangat jatuh and Haida rasa macam takde siapa pun ada dgn Haida masa tu. Lagi memburukkan keadaan bila Haida seorang seorang duduk kt Kuantan, berperang dengan TESL, takde mama yg boleh comfort Haida macam selalu. Mama selalu pesan, 'adik bila duduk jauh dari mama, you have to know how to make yourself stronger coz I'm not there to comfort you'. Saat dan ketika tu Haida rasa macam takde apa langsung yg mampu untuk buat Haida bangun balik. Mungkin dah ketentuan Allah, itu dah tiba masanya untuk Haida mula berhijrah. Wallahualam kan ;) 

So nak dijadikan cerita, satu hari tu, its 10 August 2012, Haida decide nak keluar dengan kawan kawan, hangout. Entah kenapa terasa macam tak lengkap tanpa ada sesuatu yang menutup rambut. So Haida pun cuba cuba jela pinjam tudung roommate and brooch tyqa, pakai and keluar. Sampai Megamall, *amboi, megamall aje hihi. Biasalah, kt Kuantan itu je yg ada* Haida dah ada niat nak beli tudung. So Haida beli satu tudung, warna turquoise. Start dari haritu, mula terasa selesa untuk bertudung dan mula dari haritu jugalah sampai ke sekarang, Haida kekalkan imej berhijab. Dan ini adalah untuk selama lamanya, insyaallah. 




terima kasih daun keladi ♥